Pengalaman sy dalam kumpulan tari "Borneo Art" sangat seronok..kita bleh pkai pkaian dri kaum2 yg terdapat di sabah..mcm2 orang yang bleh kita jumpa..mcm2 ragam dan telatah...tp pling x dinafikan kita jumpa llaki nie aduiyai lembut sangat..."Bongga"(over post)...hehehe...lucu nie..pengalaman yang pling best bila kita suma menari n enjoy tarian yang diajarkan...kena marah..kena tengking mungkin biasa jak kali bgi sy la...bab sy pun besa gak nie kna tengking..hehehe...bdan keras2 lagi tp ok jga la..hehehe..sambutan rumah tadau kaamatan tahun 2011 nie masuk malaysia book of record coz 1000 penari menari di sekeliling pentas..kumpulan2 yg sy ingat la tym program berlangsung ialah Borneo Art, Budaya Maju, Art Collection,Budayawan, persatuan kinabalu(pertubuhan persayuan kinabalu kot..xingat la nma kump dia..hahaha)...dri SMK Pulau Gaya, SRJK Anglo Chinese(budak2 cute), pelajar2 UITM cawangan Sabah n bnyak lagi...x ingat^^
msa kat sana sy kenal banyak orang dri pelbagai kaum yng ada di sabah nie..hehehe,,,tp x rapat suma la...yang sy rapat tym latihan menari kat lembaga kebudayaan sabah (LKS) n pdng merdeka KK,,confirm la kwn2 sy iaitu nawie,edzan n rosya..hehehe..kwan len boyot(nma dia syah tp disebabkan dia comel sikit..n tembom..jd tkuar la oyot tue)hehe...nden Iskandar(kna panggil Iska..mcm nma pempuan kan..hehehe..org dia kuat melatah nie..hehehe..best..)kak mas...naa,,,nie pling baik pnah sya jumpa punya org..best borak ngan dia nie..nice n beautiful women..dia dri kumpulan budaya maju..hehehe..nden dri budaya maju juga kak eva..best..org dia rock..sora dia smart..serak2 basah..(kmi da anti sorg pempuan nie..hahaha..bongga..n sombong)hehe..besa la tue nda ingat dunia da..dia fkir dia pling cantik n teror menari..(padahal-_-),,,kak ani...juga dri budaya maju..pregnnt 5 bln pun mc leh menari..fuyoo...overactive..hahaha..nden budak2 dri SMK Takis..luv u all,,didel,farah,fatin,emm,,,bnyak lagi la..lupa sudahh,,hehehe...
*Sebelah Kiri kak Eva memakai baju tradisi kaum kadazan dari Daerah Papar
*Sebelah kanan pula kak ani memakai pakaian kaum Rungus(tym dia prgnt 5 buln)..
|
Ok, bebalik crita asal..pesta menuai atau nama lain iaitu tadau kaamatan merupakan perayaan khas untuk menghormati "bambazon" iaitu semangat padi..perayaan ini amalan tradisi kaum kedazan-dusun sejak dari dulu kala lagi. perayaan ini selalunya disambut selepas selesai menuai padi. pesta kaamatan ini dirayakan oleh penduduk sabah dan merupakan cuti umum yng tinggal di negeri dibwah bayu ini.
Antara yang menarik ketika sambutan hari menuai ini ialah persembahan tarian sumazau yang ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. tarian ini diiringi paluan gong dan ditarikan dengan kedua-dua tangan yang diangkat ke paras bahu dan dikibarkan umpama kipasan sayap burung mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Pakaian Tradisional Kadazan Daerah Papar |
Pakaian Tradisional Kadazan Daerah Penampang
|
Selain Dripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan Nyanyian @ sugandoi, bina badan, Ratu cantik@ "Unduk Ngadau" dalam bahasa Kadazan. X lupa juga ada pameran segala jenis Kraf tangan dan juga kesenian
Sugandoi @ Pertandingan Nyanyian Lagu2 Kadazan
|
Tujuan rumah terbuka ini diadakan agar pesta ini dapat disambut oleh semua kaum2 yang bergelar rakyat malaysia. selain itu pesta ini juga memberi maklumat kepada mereka yang ingin mengetahui tentang kaum kadazan dusun ini. Semua kaum yang terdapat di Sabah menyambut pesta ini dengan terbuka tnya mengira status kaum2 diantara mereka. Hal ini juga menunjukkan bahawa rakyat Sabah sangat menyokong dasar yang diperkenalkan oleh perdana menteri kita yang ke-6 iaitu Datu Sri Najib tentang dasar 1 malaysia.